I'm sorry I wasn't everything you ever wanted.

Sunday, November 2, 2014

Janji jangan sedih lagi

Aku selak belahan hatinya
Punya sedikit luka
Calar di depan belakang
Hati itu lagi sedang tenat

Ku jahit kembali hatinya
Dengan jarum tawa
Guna benang gembira
Aku mahu dia sempurna
Seperti hari hari biasanya

Dia sahabat
Hatinya berdegup tepat di sisi jantungku
Jiwa nya menari dalam tubuhku
Lumpuh aku kala hilangnya dia

Tawa nya dia
Membuai aku di awan indah
Senyum nya pemanis sang raga

Tatkala dia lagi sedang berduka
Jiwaku menangis sebak
Bertemankan air mata
Bertakung di hati

Tabahlah sahabat
Yang baik untuk kamu
Datangnya sedikit telat
Kerna dia lagi sedang menenun
Kisah cinta terulung kalian

Sabar menanti
Aku sentiasa berpijak di sebelah
Untuk kamu, selamanya

Pejamlah mata
Sentuh dada mu
Aku sentiasa di hatimu, sahabat.

Kuat ya :)

PS : For my baby darling, Aminah this is for you with a kiss from me muah.

No comments: