I'm sorry I wasn't everything you ever wanted.

Thursday, December 25, 2014

Cerita Suria

Bertanya pada bintang
Perihal cerita sang suria
Menyinar penuh makna
Membawa seribu cita

Cahaya mejulang
Di langit tinggi
Teguh menari di kaki bukit
Bagai tiada apa yang bisa menghalang

Ingin benar aku menjadi sepertinya
Tabah berkilau di hadap semua

Ini tidak

Cuma kerana cinta sampah
Telah aku hanyut
Dalam derai darah
Tenggelam dihirup luka
Terkapai aku penuh hina
Di telan cela milik celaka

Butuh aku tangan
Untuk berdiri tegak kembali
Papah aku
Agar aku tak lagi tempang
Perlu aku bahu
Tak mampu aku mencurah bumi dengan air mata sengsara

Aku mahu menapak
Di mana mana hati bersih
Kalau kalau boleh aku menumpang
Sehari dua kalau mampu

Pulihkan calar aku
Pudarkan parut perit

Aku mahu kembali
Menuntut yang mana perlu

Bantu aku jadi matahari
Aku butuh kekuatan sang suria.