I'm sorry I wasn't everything you ever wanted.

Thursday, December 26, 2013

Curang itu menatang paling keji

Kalau mahu curang
Kalau mahu buat onar

Bukan belakang aku.

Aku memang bukan Tuhan
Tapi aku jenis cepat tahu
Aku jenis mudah rasa

Tuhan sering tunjukkan aku jalan
Tuhan selalu bukakan aku rahsia terbesar

Sebab Tuhan tahu pihak mana yang paling bangsat.

Diri Ini

Diri ini milik sang perempuan gembel itu
Tak punya apa
Cuma punya cinta sang setia

Diri ini penuh cela
Penuh lobang di sana sini
Tapi diri ini masih wangi
Jauh dari hamis sang sundal

Diri ini punya cacat
Cacat di hati 
Itu ; 
Dek di robek lelaki jahanam

Diri ini di bodoh bodoh berulang kali
Kerna itu--
Diri ini punya sebesar rasa takut
Yang tersimpan jauh di takuk hati

Diri ini tersemat satu cemburu
Tapi cemburu yang diri ini punya--
Cemburu bermusabab
Bukan cemburu milik sang buta
Yang tuli tuli senang cemburu
Bukan.

Diri ini mudah rapuh
Tangis berderai 
Jiwa berkecai

Diri ini penuh luka
Manusia bertalam dua-- 
Cukup merata di keliling benua
Menghunus si diri ini tanpa simpati
Dianggap kawan dirasa teman
Nah, itu syaitan hakikatnya
Aku benci manusia begini
Penuh pura

Biarpun diri ini tak selengkap bidadari
Tapi harga milik sang diri ini
Tak mungkin bisa dibida
Tidak mungkin sama sekali.

Diri ini kerap menentang
Lantang bila berbunyi
Kerna diri ini tak mahu diderita lagi
Diri ini mahu bahagia miliknya--
Bahagia yang sering dirampas manusia lain.

Diri ini hakikatnya hairan
Apa diri ini yang tidak bisa menjaga bahagianya (Padahal bahagianya dijaga rapi disimpan didalam kotak kecil)
Atau manusia lain yang benaran tamak haloba ?
Manusia tamak boleh pergi jahanam--
Dunia juga tak mahu kalian.