حَبْلٌ مِّنَ النَّاسِ / Hablumminannas Begitu berat kesalnya Ditambah beban sama manusia Tak terbanding ludah ke mereka Berkata tanpa diwarna Menghina ke serata sana Ampunkan aku Derita dari jiwa Telah mengheret dendam ke dalam raga Yang tak berdosa dicerca Pada yang bersalah ternoda Ampunkan aku Mungkin tak terlihat Akan sebab mungkin dikhianat Berharap antara kita tak ada cacat Kerna aku tak mahu dilaknat Sehingga karat Justeru ; Ampunkan aku.