I'm sorry I wasn't everything you ever wanted.

Tuesday, August 30, 2016

Berbeza jiwa, biarlah.

Walau kita tak lagi berada di dunia yang sama
Tapi tak mungkin aku lupa
Segala tawa dan luka.

Tak lagi berada dalam satu jiwa
Membawa arah
Tuju kesana tanpa cinta
Luka ditinggal di bangku lama
Biar dirangkul pergi
Oleh angin lalu

Kadang merindu
Tapi tak cari
Mungkin masih benci
Atau cuma keliru
Bukannya perlu
Biar menjadi luka
Nantikan sembuh

Tak lagi berada di jalan yang serupa
Setiap satu di selekoh berbeza
Berdiri lain penjuru
Tanpa memandang akan "kita"
Kerna telah berlalu
Berubah keseluruhnya
Biar menjadi tawar
Asal tak meluka lagi

Doa untuk "kita"
Yang tidak lagi ada
Moga lebih bahagia
Bersama separuh teka-teki
Yang Tuhan dah kurnia

Tak akan lupa sampai bila
Walau tak wujud cinta
Cuma baki luka
Biarlah tak semuka
Asalkan tahu
"Kita" lebih bahagia ; Bersama mereka.

Thursday, July 28, 2016

Aku tahu

Aku tahu
Mungkin lebih

Dari setiap satunya
Untuk segala belah dan berai
Tiap rasa yang meluka
Yang dihentaknya raga
Mengaduh tanpa dipeduli
Semua
Dirasa sudah

Perlu apa menjaja derita
Kalau yang membeli cuma dua muka
Perlu apa mencari simpati
Jika yang memberi cuma pura hati
Perlu apa aib disebar
Kalau yang mendengar cuma sang pehingar

Bukan membaik
Malah merosak
Mungkin lebih

Kerna aku tahu
Itulah manusia
Jauh dari sempurna
Seperti setiap dari kita
Penuh cela
Tanpa segalanya elok

Perlu apa menagih peduli
Kalau Tuhan sentiasa disini
Perlu apa meraba bahu
Jika cuma keluarga yang kita perlu
Perlu apa mengusung cerita
Kalau sahabat selalu bersama.

Adu pada yang sudi
Menangis pada yang mengerti
Kerna aku tahu
Mungkin lebih
Tak semua mahu mendengar
Segelintir cuma mengata
Hampir kesemua hanya tertawa

Hati-hati.