I'm sorry I wasn't everything you ever wanted.

Monday, April 20, 2015

Sekilas

Dalam deru hujan
Hingar angin
Aku termenung sendiri
Sambil kaki melambai
Nun tepian atap

Di balik awan sana
Kita bermadu janji
Setia sampai nyawa
Tidak satu aku lupa

Mentari di atas
Menjadi saksi
Mendengar dan melihat
Tika kita melakar kisah
Untuk dicerita
Kepada anak dan cucu

Tetapi

Sejenak mata ku buka
Sekilas nadi ku berdetap

Semua yang kita ukir
Hilang entah kemana
Bagai dibawa angin sepi
Persis dijerut cahaya punah

Berlari aku
Mencari kalau kalau ada
Yang masih tertinggal
Ingin sahaja aku
Mengutip serpihan pecahnya
Menilik tiap sisa derai

Terlambat

Tiap satunya telah tiada
Yang tinggal
Cuma habuk dan hina
Berterbangan menanti kelam

Semuanya telah hilang.




Thursday, December 25, 2014

Cerita Suria

Bertanya pada bintang
Perihal cerita sang suria
Menyinar penuh makna
Membawa seribu cita

Cahaya mejulang
Di langit tinggi
Teguh menari di kaki bukit
Bagai tiada apa yang bisa menghalang

Ingin benar aku menjadi sepertinya
Tabah berkilau di hadap semua

Ini tidak

Cuma kerana cinta sampah
Telah aku hanyut
Dalam derai darah
Tenggelam dihirup luka
Terkapai aku penuh hina
Di telan cela milik celaka

Butuh aku tangan
Untuk berdiri tegak kembali
Papah aku
Agar aku tak lagi tempang
Perlu aku bahu
Tak mampu aku mencurah bumi dengan air mata sengsara

Aku mahu menapak
Di mana mana hati bersih
Kalau kalau boleh aku menumpang
Sehari dua kalau mampu

Pulihkan calar aku
Pudarkan parut perit

Aku mahu kembali
Menuntut yang mana perlu

Bantu aku jadi matahari
Aku butuh kekuatan sang suria.