I'm sorry I wasn't everything you ever wanted.

Wednesday, June 28, 2017

Berhenti

Walau berkecai setiap satunya
Terus bersepai tanpa rela
Walau yang pergi tak pernah kembali
Terus hilang bersama misteri
Walau janji tak mungkin di kota
Terus disemat akan derita

Tapi

Tak mungkin aku berhenti
Cuba melewati
Desak mencari
Akan dia ;
Yang tak terbanding
Dari terdahulu.

Rasa itu

Bernada kembali
Semula berdiri
Tanpa peduli
Pada hati
Yang telah mati

Toleh ke kiri
Terlihat duri
Dihantui
Berkali-kali

Tanpa berhenti
Masih bersemi
Kisah tak terbeli
Biarkan berlari
Terlarut di masa kini

Biar disakiti
Lambat laun kan pergi
Lalu pulih sendiri.


Sunday, May 28, 2017

Begitu mudahnya

Sesekali sendiri
Terlihat dalam sunyi
Akan kisah yang tak mungkin kembali
Bukan tak mampu berdiri
Cuma masih tersimpan di sini
Setiap luka dan nafi
Yang tak mungkin berbayar dengan janji
Kemana diri yang selalu di sisi?

Mengapa pergi
Tanpa peduli
Akan hati
Yang kini terbelah lagi
Tapi mungkin lebih sepi.

Sementara

Saat derita
Telah menapak di mana-mana
Dengan tiba
Hadir bahagia
Membawa cahaya
Luka berganti tawa
Walau tak kekal lama
Tak mengapa
Aku terima.

Monday, January 16, 2017

Solidaritas

حَبْلٌ مِّنَ النَّاسِ / Hablumminannas

Begitu berat kesalnya
Ditambah beban sama manusia
Tak terbanding ludah ke mereka
Berkata tanpa diwarna
Menghina ke serata sana

Ampunkan aku

Derita dari jiwa
Telah mengheret dendam ke dalam raga
Yang tak berdosa dicerca
Pada yang bersalah ternoda

Ampunkan aku

Mungkin tak terlihat
Akan sebab mungkin dikhianat
Berharap antara kita tak ada cacat
Kerna aku tak mahu dilaknat
Sehingga karat

Justeru ;
Ampunkan aku.

Kesal

Sedekad berlalu tanpa sedar
Memaut di jendela
Merenung cerita
Akan kisah di waktu silam
Penuh cela
Kotor
Daif dan
Keji

Lalu memasung janji
Tak mungkin aku kembali
Berhanyut dalam gelap
Melemas dalam celaka

Walau tak mudah untuk aku berdiri kini
Bila mana atma dulu
Menganggu memesong hati
Ketakutan akan aib
Gusar akan dosa
Walau tak kuat
Tapi tetap teguh
Sekalipun tak utuh

Aku tak akan kembali;
Pada titik dimana aku lupa akan Tuhan
Nauzubillahiminzalik.

Dosa

Walau dosa setebal hina
Walau khilaf sedepa dusta
Walau silap seinci lara
Sujud merendah pada-Nya

Kerna ;
الغفور, Yang Maha memberi pengampunan dari segalanya
Itu milik Allah.

Tuesday, August 30, 2016

Bangkit

Kini matang
Menimbal mana yang kelam
Walau karam
Di tempat dalam
Tanpa ditemani suram
Hanya bisikan kalam
Di sisi hingga kan malam.


Walau jauh mana kita jatuh, jangan sekali berhenti berdiri.

Berbeza jiwa, biarlah.

Walau kita tak lagi berada di dunia yang sama
Tapi tak mungkin aku lupa
Segala tawa dan luka.

Tak lagi berada dalam satu jiwa
Membawa arah
Tuju kesana tanpa cinta
Luka ditinggal di bangku lama
Biar dirangkul pergi
Oleh angin lalu

Kadang merindu
Tapi tak cari
Mungkin masih benci
Atau cuma keliru
Bukannya perlu
Biar menjadi luka
Nantikan sembuh

Tak lagi berada di jalan yang serupa
Setiap satu di selekoh berbeza
Berdiri lain penjuru
Tanpa memandang akan "kita"
Kerna telah berlalu
Berubah keseluruhnya
Biar menjadi tawar
Asal tak meluka lagi

Doa untuk "kita"
Yang tidak lagi ada
Moga lebih bahagia
Bersama separuh teka-teki
Yang Tuhan dah kurnia

Tak akan lupa sampai bila
Walau tak wujud cinta
Cuma baki luka
Biarlah tak semuka
Asalkan tahu
"Kita" lebih bahagia ; Bersama mereka.

Thursday, July 28, 2016

Aku tahu

Aku tahu
Mungkin lebih

Dari setiap satunya
Untuk segala belah dan berai
Tiap rasa yang meluka
Yang dihentaknya raga
Mengaduh tanpa dipeduli
Semua
Dirasa sudah

Perlu apa menjaja derita
Kalau yang membeli cuma dua muka
Perlu apa mencari simpati
Jika yang memberi cuma pura hati
Perlu apa aib disebar
Kalau yang mendengar cuma sang pehingar

Bukan membaik
Malah merosak
Mungkin lebih

Kerna aku tahu
Itulah manusia
Jauh dari sempurna
Seperti setiap dari kita
Penuh cela
Tanpa segalanya elok

Perlu apa menagih peduli
Kalau Tuhan sentiasa disini
Perlu apa meraba bahu
Jika cuma keluarga yang kita perlu
Perlu apa mengusung cerita
Kalau sahabat selalu bersama.

Adu pada yang sudi
Menangis pada yang mengerti
Kerna aku tahu
Mungkin lebih
Tak semua mahu mendengar
Segelintir cuma mengata
Hampir kesemua hanya tertawa

Hati-hati.

I've felt before & I knew.


I know what it's like to want to die
How it hurts to smile
How you try to fit in but you can't
How you hurt yourself on the outside 
to try to kill the thing on the inside.

Egonya berdua

Hampir kesekiannya
Tanpa khabar
Tidak juga berita

Kini
Cuma ego
dan
Dendam lalu
Mematah segala memori
Tanpa cinta
Tidak juga kasih

Kini
Hanya sisa
Bertabur di tepi
Berserak di sini
Tanpa sedar
Tidak juga dilihat

Kini
Tinggal sepi
Menerpa jiwa
Resap keseluruhnya
Tanpa kamu
Tidak juga bersamaku.

Wednesday, June 22, 2016

Head up

what made her strong was
despite the million things
that hurt her
she spoke of nothing
nothing 

but happiness
-j.a.

It's not worth it, people

Cuma kerana cinta
Untuk si buta dan tuli
Segala terabai
Rasa dikorban
Jiwa ter-endah

Cuma kerana janji
Untuk si pemungkir
Raga dibedai
Hati merana

Jika tak mampu
Mengapa masih berdiri ?
Mengapa masih disini ?

Tak perlu tunggu lagi
Dah tiba kini
Masa untuk pergi
Angkatlah kaki
Teruskan berlari
Walau cinta hampir mati

Mungkin sempat lagi.


Dry your tears, cut people off with no hesitation. Nothing is worth it, if you aren't happy, kan ?

Pernah

Pernah dicalar balar ;
Hatinya

Pernah dihempas keras ;
Jiwanya

Pernah dilempar jauh ;
Maruahnya

Pernah diremuk hina ;
Cintanya

Pernah ditinggal lupa ;
Janjinya

Pernah dicerca hiba ;
Tawanya

Ya, semuanya pernah.

Monday, May 30, 2016

Lumrah

People come and go, frequently ;

They
Brought the happiness
Destroyed love
And
Left some memories

They
Brought the hope
Destroyed loyalty
And
Left some wounds

How cruel, kan?

Well, it's how people's growth look alike
Full of joy and anguish

Redha ; Selalu percaya Allah ada.


Pejam mata

Pejam mata
Lihat sana
Indah dunia
Tanpa dusta
Pejam mata
Lihat sana
Terang suasana
Tanpa yang ketiga
Pejam mata
Lihat sana
Bumi bernyala
Tanpa pura
Pejam mata

Kalau lah semua tak ada derita.

Saturday, May 28, 2016

Forgiven

Untuk yang pernah pergi
Aku mohon jangan kembali

Untuk yang telah menyakiti
Aku pinta jangan ratapi

Untuk yang sudah memaki
Aku harap kau tak cari

Untuk yang kini derita
Aku titip angin agar kau bangkit
Jangan dinanti

Untuk yang sedang bahagia
Aku doa kau terus bahagia
Moga hakiki

Forgiven.

Tak perlu kembali, ratapi, cari -- Hadapi perancangan TuhanMu
Allah Maha Berkuasa, Allahu.

Kembali

Sepi malam
Mengiya aku untuk kembali
Menulis sisa patah dan tawa
Bernada dalam huruf
Berlagu dalam jiwa

Terlalu lama
Menyepi dari dunia yang aku cipta
Mencari kembali
Jiwa yang renyah semula sergah
Berdiri tanpa tanah
Berpaut tanpa dahan

Cahaya lorong
Kini girang di teman realiti
Bersama mengejar syurga
Cita dan cinta
Mudahkanlah Ya Rabb
Bantu aku berlari
Di jalan-Mu bersamanya.

Saturday, December 19, 2015

Hati mati

Perginya raga
Bersepai tak bernama
Jauh di sana
Hingga tak jejak mana
Cari cari serpihan teruna
Kalau ada
Cuma hama

Sunyi tidak dicerita
Pilu tak didengar
Hiba tak terluah
Malang

Hampir sudah tiada rasa
Terbang semua
Dibawa duka
Ranap kesuma
Telan badai gelora
Biarlah

Esok lusa
Matilah
Tu hati tu.